Thursday, 26 January 2017

Cik Jijah : Bahayanya kacang soya ketika hamil

Diambil dari http://www.seedguides.info/soy/soybeans.jpg

Bahayanya kacang soya ketika hamil.

Mak kata kalau nak anak putih minum la kacang SOYA.

Mak kata kacang SOYA ni bagus untuk kesihatan.

Kalau anak tak boleh susu lembu, bagi anak minum susu based kacang SOYA.

BETUL KE KACANG SOYA NI BAHAYA???

Betul ke Soya ni bahaya??

Cikjijah pun dengan risau tentang anak pun google la.

Dari pembacaan note Dr. Hamid Arshat, Dr. Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman dan Dr. Suriyakhatun..

Pengambilan kacang SOYA yang berlebihan memang tidak baik untuk kesihatan.

Aduh.. orang dok pulun kata kacang SOYA bagus nak cantik.. doktor kata yang  hat dok pulun tu tak bape baik plak.. dah kenape?

Try la hadam apa yang Dr. Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman perkatakan..

Dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 2007, 85% penduduk Amerika percaya bahawa KACANG SOYA adalah baik untuk kesihatan dan tidak merbahaya kepada kita. Maka berjayalah syarikat-syarikat pengeluar SOYA memperbodohkan kita bahawa KACANG SOYA ini selamat tetapi sebenarnya TIDAK !!! Amerika adalah pengeluar KACANG SOYA terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 108 juta tan metrik setahun.

Akan tetapi....

Beratus-ratus kajian telah dibuat diseluruh dunia dan kesimpulan daripada kajian itu menunjukkan KACANG SOYA menyebabkan bermacam-macam masalah kesihatan seperti masalah PENGHADAMAN, mengurangkan SISTEM IMUN badan, merosakkan SISTEM SARAF, masalah KEMANDULAN, penyakit JANTUNG dan juga KANSER !!!

Cikjijah tertanya Nape Soya ni Bahaya? Sebab? Apa yang soya ni wat sampai boleh bahaya?


1.   KACANG SOYA mengandungi suatu bahan yang dinamakan PHYTOESTROGEN.

-   menyerupai hormon wanita iaitu ESTROGEN.

-    Phytoestrogen dihasilkan daripada sumber tumbuhan antaranya daripada KACANG SOYA.

-   Kaum lelaki tidak sepatutnya makan/minum bahan berasaskan KACANG SOYA sekiranya anda ingin kekalkan kelakian anda.

-   Lelaki yang selalu mengambil bahan berasaskan KACANG SOYA boleh mengalami masalah kurang nafsu seksual, mati pucuk dan kemandulan.


Ok. Noted.. maksudnya kalau time hamil anak lelaki, cikjijah makan ke minum based kacang SOYA nak kasi anak putih.. 🙅🙅🙅 tak elok la kan... hmmm.. ok. 🤒🤒🤒


-  berat badan bertambah seterusnya menyebabkan obesity.

-  Wanita yang mengambil Phytoestrogen secara berlebihan berisiko tinggi untuk mengidap KANSER PAYUDARA dan juga masalah obesiti.

-   Phytoestrogen ini akan mengganggu kelenjar sistem endokrin badan iaitu kelenjar adrenal dan kelenjar thyroid.

-   KACANG SOYA juga dikategorikan sebagai makanan yang mengandungi GOITROGEN.

-   Goitrogen ialah bahan yang mengganggu aktiviti kelenjar thyroid.

-   Sentiasa berasa letih, kurang tenaga, kurang penumpuan, kulit kering, kurang nafsu seksual dan tinggi kolesrol ?
Jika ya, anda mungkin mengidap penyakit HYPOTHYROIDISM, satu keadaan yang disebabkan oleh kelenjar thyroid kurang merembeskan hormon thyroid.

-   Perubatan moden menyalahkan "autoimmune" sebagai punca penyakit ini tanpa mengambil kira faktor pengambilan berlebihan produk berasaskan KACANG SOYA yang mungkin menjadi penyebab penyakit ni. Ini tidak memeranjatkan kerana faktor pemakanan ditolak seratus peratus dari perubatan moden. Tanyalah mana-mana pelajar perubatan, adakah mereka diajar tentang DIET yang salah menjadi punca penyakit ? Jawapan mereka saya yakin TIDAK kerana Perubatan Barat tidak menitik beratkan soal DIET atau MAKANAN sebagai punca penyakit. "Jangkitan kuman", "punca tidak diketahui", "autoimmune" - inilah antara punca penyakit yang dicanangkan setiap hari dengan MENOLAK faktor diet yang salah.

BERHENTI SEGALA PRODUK BERASASKAN KACANG SOYA SEKARANG SEKIRANYA ANDA PENTINGKAN KESIHATAN BADAN ANDA.

Diambil dari
http://thedeliciousrevolution.com/wp-content/uploads/2010/11/SayNoToSoy.png


Fuhhhhh.. banyak gak point Dr. kan.. selama ni dok dimomokkan yang soya ni bagus. Tudia habaq hang.. kena la kurang amik soya. Benda jadi masalah bila ambil berlebihan.. wasatiah lahhh.. maksudnya bersederhana lah..


http://www.sistemguruonline.my/
Ok. Tunggu post cikjijah akan datang pasal kacang soya lagi ni. Time2 nak jadi ibu ni dok rajin buat research macam study dulu. Sape tak sayang anak oii.. 9 bulan dok jaga dlm perut.. keluar perut dah nak kena tau jaga berak kencing anak lak.. dah besaq nak pikir camne nak bg makan minum supaya pandai, soleh jadi manusia berjaya dunia akhirat pulok ...