Mula-mula tak tau...kemudian terus buat research...
Risau gak ye bila orang kata bahaya minum kopi, teh dan coklat... emmm..
Cari ilmu dulu la baru buat tindakan seterusnya...
OKlah nak share cite dulu... lepas tu cikjijahkerlazz sambung dengan ilmu hasil dari research...
al-kisah bermulalah kisah... π¬π¬π¬
Cikjijah pegi la farewell party kawan sekerja..πππ
Dah pegi waktu lunch memang la balik ofis jadi lemau kan...
So i need a cup of coffee or tea. πππ
Tanya kawan si A.. katanya mengandung ni hang boleh minum apa saje..
Tanya kawan si B.. hang jangan buat pasal nak minum cafein ni.. sian kat baby.
Ishkkk.. dilema cikjijah.. ragu-ragu tapi mahu.. haha π
π
Dalam dilema..kaki dok beratur Q beli Greentea Thai tu..
![]() |
| of course cikjijah pilih yang Green Tea kannnnnn... yummy.. |
mana tak nya..
tengok orang dok beli..
baik punye meleleh peluh ais dia..
pekat mantap.. susu krimer berlemak siap... haishh.. tergugat. πππ
Takpela.. cikjijah pun beli secawan ala-ala size 'grande' gitu.. hehe.
Balik ofiz dok slurp..slurp..slurp.. hehehehe
Tetibe datang si kawan C ni...
habaq mai "hang mengandung.. tak elok la minum cafein ni.. sian kat baby hangpa..
nanti tarik kalsium baby".. terus terputus niat nak sedut lagi..
| macam nak nangis weyhhhh.... |
Cikjijah pun buat la research pasal kafein ni.. risau kot kat baby..
Adakah selamat untuk ibu hamil minum kafein?
Kafein seperti kopi selamat dan boleh diminum oleh ibu hamil ketika kehamilan tetapi dalam jumlah kuantiti tidak melebihi 200mg sehari.
Bermaksud 2 mug instant kopi atau 1 mug brewed coffee.
Kalau ibu hamil minum lebih daripada 200mg of caffeine sehari.. terdapat kemungkinan atau kebarangkalian risiko keguguran atau baby yang dilahirkan bawah dari berat ideal kelahiran baby.
Bahaya tak kalau baby lahir berat badan bawah dari berat ideal kelahiran?
Baby yang lahir bawah dari berat badan ideal meningkatkan risiko masalah apabila baby membesar.
.
.
.
Tapi....jangan risau!
Kalau ibu hamil yang ambil caffein lebih dari 200mg untuk sehari (tapi diconsume secara kadang-kadang), risikonya adalah sangat kecil. πππ
YES!
YES!
YES!
So bape banyak ye caffeine yang boleh doambil untuk ibu hamil dalam diet harian?
Caffeine adalah 'stimulant' yang terdapat didalam kopi, teh (termasuk green tea), minum bersoda, sesetengah minuman tenaga and coklat.
Senarai makanan atau minuman yang mengandungi caffeine dan purata kandungan caffeine yang boleh diambil oleh ibu hamil.
-instant coffee (100mg) hanya 2 mug sehari
- kopi yang ditapis (140mg) hanya 1 mug
- air teh (75mg) hanya 2 mug
- 1 mug green tea (50mg) hanya 4 mug
- minuman bersoda (40mg) hanya 5 tin
- minuman bertenaga (mcm 100plus) (80mg) hanya 2 tin
- 8 plain coklat bar yg kecil 25mg
- 20 bar kecil coklat susu 10mg
- Teh herba. Harus diingat yang sesetengah teh herbal mengandungi caffeine dan perisa tambahan yang mungkin tidak selamat untuk wanita hamil.
Macammana caffeine boleh mempengaruhi kandungan anda?
Caffeine akan melalui placenta. Sebgaimana Caffeine mampu meningkatkan kadar denyutan jantung & metabolisma, dan membuatkan anda berasa lebih peka, begitu juga kesannya terhadap baby didalam kandungan anda.
Sesetengah report kelahiran menunjukkan ibu hamil yang minum caffeine lebih dari 500mg dalam sehari akan memberi kesan kepada baby nya seperti berikut:-
πKadar denyutan jantung lebih tinggi dari baby biasa
πKadar kekerapan pernafasan yang tinggi
π Lebih banyak berjaga dari tidur
Namun ibu hamil jangan risau ye..
setakat secawan dua tidak memberi kesan kepada baby anda.. πππ

