Yela tak penah lagi bulan puasa hamil kan...
So biasa la manusia kan.. DO I CARE? Should I know? Later also can Ask What....😜😓😓
Disebabkan bulan puasa ni banyak dugaan Allah berikan...
Keluar masuk hospital untuk menjadi orang yang tabah dan sabar...
Allah nak uji supaya kita jadi salah sorang insan terpilih dan share ilmu yang kita dapat...
Maka, kebetulan hospital yang cikjijah masuk ni banyak share pasal ilmu ibadah...
Syukur Alhamdulilah..
Ok..Nak jadi cite... Cikjijah masuk ke Wad.
Memang sakit dan lemah...
Nurse pun masukkan la ubat yang suntik ke dalam salur darah tu sebab cikjijah kena 'on' antibiotik... Cikjijah pun pening-pening time tu...
Nurse pun inform "Puan, puan masih boleh puasa ye... walaupun kandungan puan 32 minggu.. Puan boleh puasa ye... tapi malam japg puan kena minum setiap satu jam ye air masak atau 1.5Liter air ye... Berbuka pun kena banyakkan minum air.."
Ujar nurse selanjutnya "Kalau rasa memudaratkan anak dalam kandungan atau kandungan pergerakannya kurang.. tidak wajib bagi puan untuk berpuasa..."
OoooOOoooOOOoooo... Baru ku tahu..huhu
Then nurse bagi tahu selebihnya boleh rujuk dalam buku "Panduan Ibadah Pesakit".
Panduan Ibadah Pesakit
- Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci telinga dan pemeriksaan tekak dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair bersamanya.
- Meletakkan ubat dibawah lidah untuk rawatan sakit dada dan lain-lain selagi ianya tidak ditelan.
- Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk rawatan dan pemeriksaan.
- Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan rawatan seperti Catheter, Ureteroscope.
- Memasukkan alat atau ubat ke dalam usus/ bahagian bawah (rectum) untuk tujuan rawatan dan ubatan seperti suppsitories dan cecair pembersih usus.
- Rawatan pergigian, mencabut, menapal atau membersih gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.
- Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut tanpa menelan apa-apa.
- Suntikan ubat ke dalam saluran darah (intravena) dan ke dalam mulut (subtaneous) dan ke dalam otot (intramuscular).
- Pengambilan Oksigen seperti rawatan asthma.
- Bius Am (General Anaesthetic) yang tidak berpanjangan.
- Hemodialisis
- Memasukkan peralaten atau pemberian suntikan ke dalam saraf tunjang.
Ini adalah ringkasan Keputusan Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa didalam persidangan yang ke 10 di Jeddah Arab Saudi.
Keputusan nombor 99/1/D10
23-28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun - 3 Julai 1997M).
Sekarang baru saya tahu... hehehe
Selamat Hari Raya semua... berbaki beberapa hari.. baru ada kesempatan menulis.. 😜
Salam Hari Lebaran;
Cikjijahkerlazz 💗

