Dari awal 6 minggu kandungan cikjijah diberi rezeki berjumpa dengan Dr. Hamid Arshad. Syukur sangat Dr. Hamid Arshad dan Dr. Aimi yang menjaga kandungan sehingga 6 bulan kandungan dan kemudian check up 2 bulan bersama Dr. Ros dan Dr. Norlida di Al-islam.
Cikjijah banyak mengikuti perkongsian ilmu dari Dr. Hamid Arshad. Beliau Dr. O&G yang tak pernah lokek dalam perkongsian ilmu.
Sebelum ni cikjijah tak kisah pasal situasi dan pemakanan yang boleh berkaitan dengan hormon.
Bila period tingtong baru sebuk nak buat research tentang makanan dan healthy diet.. hehe 😜😜😜
Petikan dari perkongsian ilmu Dr. Hamid Arshad.
.
.
Apakah SITUASI yg menyebabkan hormon estrogen menjadi berlebihan?
1. MENINGKAT UMUR, 40 tahun keatas ketika mana kilang ovary jarang menetaskan telur. Hormon progesterone hanya dikeluarkan selepas ovulation dan ketika hamil.
![]() |
| http://www.livescience.com/ |
2. KEGEMUKAN. Lemak yg berlebihan menyimpan dan mengeluarkan estrogen setiap masa.
3. Kelenjar adrenal diatas buah pinggang juga mengeluarkan estrogen. Situasi STRESS MENTAL dan EMOSI dan PENAT FIZIKAL menyebabkan kelenjar ini aktif dan mengeluarkan banyak hormon termasuk hormon estrogen.
![]() |
| http://www.organsofthebody.com/images/adrenal-glands-location.jpg |
4. MAKANAN yang KAYA dengan GULA dan KARBOHIDRAT, FAST FOOD, JUNK FOOD yang mengandungi pengawet dan perisa juga meningkatkan estrogen.
MAKANAN secara berlebihan SOYA, DAGING MERAH, dan produk TENUSU juga mengandungi phyto estrogen.
5. Bahan seperti PLASTIK, STEREFORM, SPRAY insecticide dan pesticide serta PEWANGI juga mengeluarkan xeno estrogen.
6. Pengidap PCOS satu keadaan ovary bengkak dan telur tidak menetas/ ovulation, mengeluarkan terlalu banyak hormon estrogen dan sangat berkurangan progesterone. Risiko tumbuhan rahim dan payudara termasuk tumbuhan kanser dalam masa jangka panjang.
Jagalah pemakanan dan kawal la situasi yang anda hadapi dengan baik dan buat pilihan bijak.
Perimbangan hormon estrogen dan progesterone adalah sangat penting bagi wanita khususnya untuk mencegah tumbuhan dalam rahim dan payudara termasuk juga tumbuhan kanser.
Tunggu lagi post cikjijah akan datang.. kita baca lagi research dan pendapat dari doktor-doktor.. jangan seberono membuat pilihan.. jadilah ibu yang bijak dan wanita yang hebat... 💪💪💪 insyaAllah.
Salam sayang
Cikjijah 😘😘😘





No comments:
Post a Comment