Tuesday, 14 February 2017
CikJijah : Suami Romantis I LOVE YOU
Suami,
Cubalah engkau fahami...
Bukan senang untuk membawa perut selama 9 bulan 10 hari...
Suami,
Bertolak ansur la ketika isteri mengandung...
Kerana isterimu mengandung zuriatmu...
Suami,
Jamulah isterimu sekali sekala air tangan mu walaupun hanya segelas susu kambing lazz panas dan sekeping biskut...
Kerana menjadi pengubat kepenatan membawa zuriatmu kemana sahaja...
Suami,
Membuat anak memang mudah bagimu, bagaimana pula menjaganya?
Adakah tanggungjawab terletak pada isterimu sahaja?
Suami,
Isteri tidak mengharapkan suami menjadi seperti lelaki lain yang romantis...
Cuma isteri mengharapkan suaminya lebih memahami dan membelai jiwanya...
Suami,
Tidak mudah untuk isteri yang baru menjadi ibu untuk menjaga bayi baru dilahirnya ketika dalam pantang...
Dihati kecil isteri mengharapkan suami bercuti untuk menjaganya dalam pantang bersama ibu tercinta walaupun cuma 1 minggu...
Tapi suami...
Dengarlah...
Rapuh perasaan isterimu ketika sedang berpantang ni.. fahamilah wahai suami..
Emosi bercelaru... hati tak menentu...
Suami mengambil sambil lewa perasaan isteri ketika berpantang ini.
Difikirnya isteri iron lady, wonderwoman, superwoman.. disuruhnya menjaga emosi, fizikal sendiri dan bayi yang baru lahir sendirian...
Jangan suami...
Jangan suami...
Jangan suami...
Bahaya ketika ini tinggalkan isteri seorang diri walaupun isteri pernah berpantang anak pertama kamu...
Badannya masih lemah..
Uratnya banyak terputus sebab meneran demi sebuah nyawa...
Emosinya bercelaru..inginkan kasih dan perhatianmu...
Peluklah isterimu suami.. kerana pelukkanmu adalah ubat yang terindah merendakan emosi yang bercelaru ini, suami...
Berikanlah kata-kata bahagia.. manis kepada isteri sebagai kejayaannya melahirkan zuriatmu wahai suami.
Cubalah mengadakan masa selalu disamping isterimu wahai suami...
Carikanlah bidan yang terbaik untuk menjaga isterimu agar luar dalam isterimu terjaga bak anak dara..
Ringan bebannya..
Mampu tersenyum seindahnya..
Rezekimu juga mudah kunjung tanpa sesat jalan tujunya...
Isterimu adalah 'waze' rezeki kepada kamu..
Money magnet kamu wahai suami...
Percayalah.. bahagianya isterimu.. lagi mudah rezeki dijemput..
Suami imam rumahtangga,
Jagalah ma'mum seeloknya,
Binalah tiang agama dalamnya,
Agar tidak rosak harmoni dibina bersama...
Salam L.O.V.E dari cikjijahkerlazz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment